fb fb fb fb fb

98 kolam, tasik, bekas lombong di Selangor digunakan hadapi kemarau 2025

(Foto fail)

SHAH ALAM, 23 November- Sebanyak 98 buah kolam, tasik dan bekas lombong di Selangor akan digunakan dalam menghadapi kemarau pada 2025.

Ia membabitkan 20 bekas lombong yang sudah diwartakan melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selain 78 kolam tambahan baharu yang turut dikenalpasti.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata daripada keseluruhan itu, kerajaan negeri sudah meluluskan 21 buah kolam dipilih untuk dinaik taraf dalam Skim Jaminan Air Mentah.

Katanya, kolam yang dipilih ini dijangka mampu menyediakan tambahan bekalan air dengan ketahanan selama dua bulan.

"Kolam-kolam tersebut akan dinaik taraf dengan infrastruktur tambahan dengan jangkaan kapasiti sekarang iaitu 14 juta meter padu kepada 21 juta meter padu," kata Ir Izham ketika menjawab soalan Adun Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze mengenai pelan tindakan kerajaan negeri untuk menghadapi kemarau berpanjangan bermula tahun 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini.

(98 kolam, tasik, bekas lombong di Selangor digunakan hadapi kemarau 2025)

Media Baharu