fb fb fb fb fb

95 MHPSS digerakkan, beri sokongan kepada penduduk terjejas banjir

KUANTAN, 21 Disember - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menggerakkan seramai 95 Pasukan Sokongan Kesihatan Mental (MHPSS) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pasukan itu berperanan memberikan sokongan psikososial bukan hanya kepada penduduk terjejas banjir, malah kepada petugas barisan hadapan bagi mengurangkan tekanan mereka ketika menjalankan tugas.

"Dan sehingga kini, pasukan 'mental health dan psychosocial support services' (MHPSS) telah pun memberikan sokongan psikososial kepada 356 mangsa banjir dan kepada 29 barisan hadapan kita setakat ini hingga 20 Disember 2022. Jadi antara aktiviti psikososial yang telah kita berikan adalah seperti mengadakan relaksasi, terapi seni dan psiko pendidikan kepada mereka," kata Dr. Nor Azimi di sini.

(Dr. Nor Azimi bercakap dalam sidang media selepas meninjau
Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini)

Sementara itu, Dr. Nor Azimi memaklumkan JKNP turut menubuhkan 272 pasukan khas terdiri daripada 149 pasukan perubatan dan 123 pasukan kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan penduduk terjejas dan persekitaran PPS, berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun menurutnya, setakat ini hanya 70 pasukan perubatan dan 67 pasukan kesihatan yang digerakkan di semua PPS yang dibuka.

Sekiranya banjir buruk kembali melanda, pihak JKNP telah bersedia untuk menggerakkan kesemua 272 pasukan petugas itu, bersama aset.

Media Baharu