fb fb fb fb fb

94.6% orang dewasa perlukan rawatan gigi - KKM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 September- Sebanyak 94.6 peratus orang dewasa di negara ini memerlukan rawatan gigi.

Ia berikutan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020 yang menyifatkannya sebagai cabaran besar dalam kesihatan mulut dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 pula mendapati hanya 25.7 peratus rakyat Malaysia menerima rawatan pergigian tahun lalu.

"Susulan itu, terdapat keperluan mempergiat penyelidikan berkualiti tinggi sebagai usaha meningkatkan status kesihatan pergigian di negara ini," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan penganjuran Persidangan Inisiatif Penyelidikan Kesihatan Mulut Nasional Ketiga 2024 yang diadakan di Putrajaya hari ini  berfungsi sebagai platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Persidangan berlangsung selama tiga hari itu bertemakan 'Precision Dentistry: Unveiling The Future Through Data Driven Insights'.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM