fb fb fb fb fb

ASEAN perlu kekal neutral untuk kestabilan serantau

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto RTM

KLUANG, 6 September – ASEAN perlu kekal tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar dunia untuk memastikan kestabilan rantau ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ASEAN berperanan sebagai pengimbang dan penyumbang kepada keamanan serta kestabilan serantau.

"Kita ingin memastikan pemusatan ASEAN tidak diganggu atau terpengaruh oleh mana-mana pihak. ASEAN perlu kekal dengan kerjasama antara 10 negara anggota untuk menyumbang kepada kestabilan rantau ini.

"Tanpa itu, negara-negara akan menghadapi ancaman yang lebih besar dan mungkin mendatangkan kerumitan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Minggu Bersama Pencarum: Jelajah Selatan 2024 di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN