fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak sekat "podcast" - Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil / Foto Bernama

SETIA ALAM, 6 September – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi tidak berhasrat untuk menyekat perkongsian program "podcast" atau radio siar di negara ini.

Namun, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang berkongsi kandungan yang tidak sesuai.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata podcast tempatan bukan sahaja menjadi sumber maklumat malah elemen penting dalam pembentukan masyarakat yang positif.

"Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sekatan atau rangka kawal selia terhadap penghasil kandungan podcast. Mungkin pengguna merasakan ada lambakan, tapi pada masa yang sama orang akan mendengar kandungan yang diminati. Sebagai permulaan, kita teruskan dan tidak nampak benda itu ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran KITAfm dan Podcast Creators Fund di Syok Fest 2024, Setia City Park, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN