fb fb fb fb fb

92 pekerja keracunan makanan di kantin

Foto Google


KUANTAN, 30 Januari- Seramai 92 pekerja di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng keracunan makanan selepas menikmati makanan di kantin, pada Sabtu.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, susulan itu, kantin MCKIP telah ditutup selama 14 hari di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Setakat ini, seramai 68 orang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Empat orang di rawat di Hospital Pakar KPJ, 13 orang di Kuantan Medical Centre manakala tujuh lagi hanya mengalami gejala ringan.

Daripada 85 orang yang memerlukan rawatan, sebanyak 72 orang dirawat sebagai pesakit luar dan 13 lagi telah dimasukkan ke wad.

Bagaimanapun, kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan kebanyakan kes mengalami gejala muntah, sakit perut, loya atau mual dan cirit-birit manakala punca keracunan makanan masih dalam siasatan.

Selain itu, Notis kesalahan di bawah peraturan 34 (1), Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai satu ribu ringgit telah dikeluarkan kerana gagal mengekalkan premis dalam keadaan bersih.

Media Baharu