fb fb fb fb fb

81 premis perniagaan diperiksa dalam tempoh 8 bulan di Negeri Sembilan

Perlaksanaan Penguatkuasaan Ops Kesan 4.0 KPDN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 22 Ogos – Sebanyak 81 premis perniagaan di Negeri Sembilan telah diperiksa dalam tempoh pelaksanaan Ops Kesan 4.0, yang bermula dari Januari hingga 17 Ogos lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, berkata hasil pemeriksaan tersebut menyaksikan sebanyak 81 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dikeluarkan kepada syarikat yang terlibat, melibatkan 405 jenis item barangan.

“Sepanjang tempoh lapan bulan sehingga 17 Ogos, satu aduan telah diterima membabitkan pelanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, kerana kegagalan mematuhi arahan serta pelabelan harga.

Kita juga telah mengenakan kompaun sebanyak RM3,000 terhadap pihak yang melanggar peraturan tersebut,” katanya dalam sidang media sempena pelaksanaan penguatkuasaan Ops Kesan 4.0 KPDN Negeri Sembilan di Seremban.

Antara barangan yang diperiksa termasuk sardin dalam tin, susu pekat manis, serbuk koko, dan ayam standard.

Beliau turut menegaskan bahawa KPDN akan terus melaksanakan pemantauan rapi bagi memastikan tiada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sehingga membebankan pengguna.

HASRON BIN HASSAN