fb fb fb fb fb

800,000 pelancong disasar berkunjung ke Melaka River Cruise

 (Melaka River Cruise buka laluan baharu di Pengkalan Rama)

BANDARAYA MELAKA, 23 Disember- Seramai 800,000 pelancong disasarkan berkunjung ke Melaka River Cruise (MRC) yang memperkenalkan pelbagai tarikan baharu, tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai menerusi pembukaan laluan baharu bermula di Pengkalan Rama hingga ke laluan Batu Hampar.

Pengunjung yang menaiki MRC juga berpeluang untuk masuk ke Taman Tema Sigua.

Taman Tema Air, Melaka Pirate Park di Jalan Tun Ali di sini dijenamakan semula sebagai Taman Sigua sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri Melaka.

"Kami sentiasa melakukan penambahbaikan dalam industri pelancongan river cruise (pelayaran sungai) dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik.

"Muara di Jeti Taman Rempah juga sedang ditambah baik untuk keselesaan pelancong.

"Insya Allah, satu lagi jeti yang besar akan mula beroperasi tahun hadapan di Pengakalan Rama yang sekarang ini kami panggil Jeti River Information Center (RIC) yang bakal menjadi stesen utama nanti," katanya dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra dan Hi-Tea bersama Penggiat Industri Koporat Perhotelan dan Media negeri Melaka di sini.

Tambah Murah, kehadiran pelancong ke Melaka menerusi pelbagai produk pelancongan dapat memberi kesan positif kepada ekonomi negeri.

Mengulas lanjut, PPSPM mencapai sasaran tahun ini dengan kehadiran seramai 730,000 pengunjung iaitu 120 peratus daripada sasaran asal iaitu 700,000 pengunjung.

(Murad Husin)

Media Baharu