fb fb fb fb fb

Bekas penyampai radio JohorFM meninggal dunia

(Ismail Ibrahim)

KOTA TINGGI, 23 Disember- Bekas penyampai radio JohorFM, Ismail Ibrahim meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat komplikasi jantung, malam tadi.

Allahyarham yang juga Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Johor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kluang pada pukul 9.33 malam.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak keduanya, Mohd Afif Ismail.

Mohd Afif berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 19 Disember lalu untuk menerima rawatan.

Allahyarham yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 80-an hingga 2008 itu meninggalkan seorang isteri, Musalmah Yusoff dan lima orang anak.

Jenazah dijangka akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, di sini, kira-kira pukul 10.00 pagi.

 (Ismail Ibrahim)

Media Baharu