fb fb fb fb fb

774 Penolong Pegawai Perubatan kontrak ditawar jawatan tetap April ini

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) beramah mesra dengan penerima Anugerah Pembantu Perubatan pada Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Seramai 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh bakal ditawarkan jawatan tetap seawal April depan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jumlah keseluruhan perjawatan bagi PPP ketika ini adalah sebanyak 17,770, dengan 16,301 jawatan telah diisi bersamaan 92 peratus.

Ini bermakna, terdapat baki 1,469 kekosongan, di mana 774 daripadanya akan diisi menerusi lantikan tetap bulan hadapan.

Ketika ini, seramai 3,264 PPP masih berstatus kontrak, dengan majoritinya 2,661 orang bertugas di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala selebihnya berkhidmat di institusi perubatan swasta.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga sedang memperkukuh pendaftaran Pembantu Pegawai Perubatan Pakar Teknikal (AMOTeX) sebagai platform kawal selia bagi memastikan PPP yang berkemahiran tinggi kekal menyumbang dalam perkhidmatan kepakaran.

Datuk Seri Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa kementerian menyokong pewujudan perjawatan fleksi bagi PPP dalam bidang kepakaran bagi memperkasa tenaga kerja lebih dinamik dan fleksibel mengikut keperluan semasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE