fb fb fb fb fb

757 projek JKR berjaya disiapkan sepanjang tahun lalu

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Sebanyak 757 daripada 2,118 projek di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR), sepanjang tahun lalu, telah siap dibina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata baki 772 projek masih dalam pembinaan manakala 589 projek dalam proses prapembinaan dan kerja-kerja awalan.

"Sebenarnya projek bermasalah sikit saja berbanding yang telah dilaksana dengan jayanya kerana yang penting kita menangani masalah pengguna jalan untuk kita menjamin keselesaan dan keselamatan, itu yang penting.

"Kita tangani masalah rakyat, kalau jalan rosak, berlubang maksudnya kita tidak menjalankan tugas kita dengan terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Dialog Bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya Tahun 2024, di sini.

Tambah Alexander, kementeriannya komited akan meneruskan komitmen untuk menyelesaikan isu infrastruktur sepanjang tahun ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN