fb fb fb fb fb

750 anggota polis kawal keselamatan final Piala FA

JOHOR BAHRU, 20 Julai- Seramai 750 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran aksi final Piala FA, Johor Darul Ta’zim menentang KL City FC, Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kawalan dibuat bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku termasuk kelancaran aliran trafik.

"Polis bersama-sama dengan pihak pemantau marshall daripada pihak stadium akan bekerjasama untuk memastikan perlawanan tersebut berjalan dengan lancar.

"Dan kita nasihatkan jangan bawa barang yang dilarang, masuk ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Penugasan anggota bermula dari luar stadium dan akan ditambah mengikut keperluan.

Final Piala FA akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Media Baharu