fb fb fb fb fb

727 kes kemalangan di Johor, polis saran pengguna berhemah ketika memandu

JOHOR BAHRU, 2 Mei- Sebanyak 727 kes kemalangan direkodkan sepanjang 3 hari pelaksanaan Op Selamat 18 Hari Raya Aidilfitri di Johor, dengan enam daripadanya kemalangan maut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataannya memaklumkan, dua kes kematian dicatatkan di Johor Bahru Selatan dan dua lagi di Kota Tinggi manakala masing-masing satu kes di Segamat dan Kluang.

Sepanjang tempoh sama juga, 7,249 saman bagi enam kategori kesalahan dikeluarkan, melibatkan memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

Selain potong barisan, langgar isyarat lampu isyarat dan kesalahan menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu.

Polis Johor juga katanya akan terus fokus dan komited dengan penugasan Op Selamat 18 dalam memastikan kelancaran aliran trafik serta memastikan kes-kes jenayah khususnya jenayah pecah rumah dapat dibendung sepanjang musim cuti perayaan kali.


(Laluan trafik di Johor dikawal selia PDRM bagi mengelakkan kesesakan selain memastikan pematuhan pengguna)

Media Baharu