fb fb fb fb fb

Pemantauan dan rondaan dipertingkat di kawasan perumahan- Ketua Polis Johor

JOHOR BAHRU, 2 Mei- Sempena Aidilfitri hari ini, polis kontinjen Johor meningkatkan pemantauan serta rondaan di kawasan perumahan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, fokus rondaan di kawasan perumahan disebabkan risiko kediaman yang ditinggalkan pemilik.

Jelasnya, jadual tugasan pegawai dan anggota juga diubah sedikit, sesuai dengan keadaan semasa termasuk kawalan di laluan keluar masuk tol.

"Di tol-tol pun kita ada tumpuan, trafik khasnya begitu juga kawasan perumahan. Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan MPV buat pemantauan rapi berikutan mereka meninggalkan rumah dalam keadan tergesa-gesa mungkin ada kecuaian, tak apa kita akan pastikan rumah mereka selamat ditinggalkan," katanya.

Kamarul Zaman ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi Ketua Polis Johor di Johor Bahru.


(Ketua Polis Negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Tambahnya, kira-kira 250 URB dan 100 unit MPV terdapat di dalam kontinjen Johor.

Sementara itu dianggarkan lebih 1,600 pegawai dan anggota bertugas sepanjang Aidilfitri ini.

Media Baharu