JOHOR BAHRU, 18 Januari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 72 warga asing, di Muar dan Batu Pahat pada 16 Januari lalu, kerana melakukan kesalahan imigresen.
Pengarah JIM Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, tangkapan dijalankan menerusi Ops Gegar, Ops Mahir dan Ops Sapu dan telah melakukan pemeriksaan ke atas 438 individu.
Menerusi operasi di Batu Pahat seramai 20 wanita Thailand, seorang wanita Myanmar, serta seorang wanita Indonesia, berumur 20 hingga 42 tahun ditahan melibatkan empat premis urut dan refleksologi.
Turut ditahan, seorang wanita dan dua lelaki tempatan, berumur 41 hingga 70 tahun, kerana menjadi penjaga premis.
Sementara itu, operasi di sembilan premis di Muar, 16 lelaki Bangladesh, 26 lelaki dan enam wanita Myanmar, serta dua lelaki Pakistan, berumur 21 hingga 42 tahun.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.