fb fb fb fb fb

7,600 Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk mahasiswa UUM sedang diedar

(Foto Hiasan)

SINTOK, 29 Oktober- 7,600 permohonan kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diproses dan diedarkan di kampus universiti itu.

Kesemua peranti siswa berkenaan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada siswa dan siswi yang layak sejak beberapa hari lalu.

Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr Kamarul Azman Khamis berkata pemberian gajet dibawah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa institusi pendidikan Tinggi (IPT) khususnya kelompok keluarga B-40.

Ia bagi memastikan proses pengajian mereka berjalan lancar.

"Peranti ini begitu penting. Saya bagi contoh bagi masyarakat luar bandar seperti penoreh getah, pesawah. Apabila inisiatif kerajaan ini memberi peranti kepada anak-anak (ianya) satu keterujaan, kenikmatan, kebanggaan kepada ibu dan ayah, yang mana tak dapat membeli peranti, tidak dapat beli gajet.

"Apabila kerajaan umumkan peranti diberikan kepada mahasiswa satu pendekatan yang cukup berguna, bermakna untuk digunakan untuk aktiviti pembelajaran khususnya di universiti,"katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sebanyak 50,667 permohonan kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Zon Utara telah diluluskan.

Jumlah itu mewakili 54 peratus daripada 87,222 permohonan daripada penuntut universiti awam dan swasta; politeknik dan kolej komuniti di Pulau Pinang, Perak, Kedah serta Perlis yang diterima sehingga 18 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,001 permohonan penuntut IPT di Pulau Pinang diluluskan manakala selebihnya 17,967 dari Perak, 14,913 dari Kedah dan 8,786 dari Perlis.


(Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr Kamarul Azman Khamis)

Media Baharu