fb fb fb fb fb

TLDM perlu aset kapal baharu, lahir anggota kompeten

KOTA TINGGI, 29 Oktober - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan peruntukan mendapatkan untuk aset kapal baharu, bagi melahirkan anggota TLDM kompeten, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di sini.

Ini memandangkan kecekapan anggota adalah terhad dan sebahagian besar aset sedia ada sudah agak berusia iaitu rata-rata sudah berusia 40 tahun.

Peruntukan juga diperlukan untuk menaik taraf sistem penderia dan persenjataan Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV), susulan usia kapal telah melebihi 10 tahun, dan memerlukan sistem terkini.

(Mohd Reza dalam sidang media)

"Dalam usaha TLDM merealisasikan visi menjadikan Angkatan Laut yang lebih berkredibel, salah satu elemen yang ditekankan, ialah sumber manusiaatau modal insan yang berkualiti," kata Mohd Reza selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM Pengambilan 223/22.

Pada majlis itu seramai 569 perajurit muda, menamatkan latihan asas TLDM di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini.

Semua perajurit muda akan ditugaskan di KD Pelandok, di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, bagi meneruskan latihan lanjutan.

Media Baharu