fb fb fb fb fb

68 PATI dari Depot Imigresen Belantik, Sik dihantar pulang

Foto Jabatan Imigresen Negeri Kedah

SIK, 17 Julai - Seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Belantik Sik, Kedah dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Jabatan Imigresen Kedah menerusi kenyataan memaklumkan kesemua PATI dari Myanmar, Indonesia terdiri daripada 47 lelaki, 17 wanita dan empat kanak-kanak lelaki.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, kerana memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Pemindahan kali ini diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen,  Ishak bin Hamzah dan diiringi 11 pegawai.

Program pemindahan PATI itu merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah.

ROSLINA BINTI DIN