fb fb fb fb fb

66 tahun, FELDA melangkah jauh cipta kejayaan

BERA, 14 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini mencapai pelbagai kemajuan termasuk pemerkasaan mekanisasi dan teknologi dalam pengurusan ladang peneroka, sehingga produktivitinya dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun, pada tahun ini.

Pencapaian itu mewakili pertambahan sebanyak 2.71 tan sehektar berbanding hasil purata peneroka bagi tahun 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan produktiviti itu telah membawa kepada penciptaan nilai atau 'value creation' kepada warga peneroka dengan jumlahmelebihi RM1 bilion setahun.

"Peneroka juga dapat menerima tambahan pendapatan sehingga RM162 juta bagi setiap kenaikan 0.5 peratus kadar perahan minyak. FELDA juga berjaya mengurangkan kos operasi ladang dengan penjimatan RM200 juta kos pembelian baja apabila Smart Plantation Management Solution (SPMS) iaitu aplikasi pintar yang diguna pakai membolehkan pembelian baja dibuat berdasarkan dirian pokok berbanding keluasan kawasan," kata Ismail ketika berucap sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan di sini.

Perdana Menteri berkata, FELDA bukan sahaja berperanan besar dalam sektor perladangan malah turut sama menyumbang kepada sekuriti makanan negara.

(FOTO FAIL)

Menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada bulan Jun lalu, beliau ada mengumumkan lima langkah bagi menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dengan bekalan rantaian diterajui oleh GLC, GLIC dan agensi kerajaan.

"Alhamdulillah saya lihat FELDA memanifestasikan komitmen yang begitu utuh dalam membawa saranan ini. Melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang dilaksanakan sejak 2019, FELDA telah meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana berjumlah RM212 juta, " katanya.

Media Baharu