fb fb fb fb fb

63 jemaah umrah warga Malaysia terkandas di Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 63 jemaah umrah warga Malaysia terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Mereka terdiri daripada 28 orang dewasa dan 35 kanak-kanak.

Kesemua jemaah ini dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah, Mac lepas.

Namun, mereka hanya berada di Madinah hingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan umrah.

Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lalu.

Kerajaan Malaysia setuju untuk membantu urusan penghantaran pulang para jemaah yang terkandas ini dengan usaha dan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan berkaitan.


(Kenyataan Wisma Putra)

Media Baharu