fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Perlindungan sosial diperluas bukti keprihatinan kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Skop jaringan perlindungan sosial diperluas menerusi Bajet 2023 melibatkan pekerja sektor tidak formal ekonomi gig termasuk pemandu teksi dan pekerja sektor teknologi maklumat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Yayasan Malaysia (PEACE), Dr Zokhri Idris berkata inisiatif bekenaan selari pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis.

Inisiatif itu juga dilihat peka dengan golongan belia yang sinonim terlibat dengan sektor tersebut.

"Kumpulan E-hailing ini, mereka bertarung nyawa sejak pandemik demi memenuhi keperluan rakyat. Mereka sentiasa di jalan raya, dikawasan yang terdedah dengan bahaya. Akhirnya, mereka ini diberi perlindungan. Daripada aspek itu, golongan muda diberi perhatian, khususnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap," kata Zokhri kepada RTM.

Kerajaan mencadangkan peruntukan RM150 juta untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO dan kerajaan akan menyumbang 80 peratus daripada nilai caruman pekerja berkenaan.


(Foto Arkib/BERNAMA)

 

 

Media Baharu