KUALA LUMPUR, 29 Julai – Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.5 menggegarkan Kepulauan Nicobar, Rantau India pada pukul 2.41 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 6.7° Utara dan 93.3° Timur, iaitu kira-kira 58 kilometer barat dari Great Nicobar, India pada kedalaman 26 kilometer.
MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.