110,000 pengunjung meriahkan Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kira-kira 110,000 pengunjung hadir memeriahkan Festival Ambang Merdeka 2026 yang berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival tiga hari sehingga Isnin dengan enam segmen menggabungkan seni, budaya, hiburan dan teknologi sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
  • Menteri Hannah Yeoh menghargai kehadiran orang ramai dan menyeru masyarakat menyayangi ibu negara serta menjaga kebersihan Kuala Lumpur.
  • Persembahan dron menjadi tarikan utama dengan formasi dan corak menghiasi ruang udara Dataran Merdeka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang hadir, selain menyeru masyarakat supaya terus menyayangi ibu negara dengan bersama-sama menjaga kebersihan Kuala Lumpur.

Festival yang berlangsung selama tiga hari sehingga Isnin itu menampilkan enam segmen utama yang menggabungkan elemen seni, budaya, hiburan dan teknologi bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Pelbagai pengisian disediakan termasuk persembahan seni dan budaya tempatan, hiburan serta elemen teknologi yang menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung.

Persembahan dron turut menjadi antara tarikan utama apabila ruang udara Dataran Merdeka dihiasi pelbagai formasi dan corak bagi memeriahkan sambutan.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadhlun Mak Ujud.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.