fb fb fb fb fb

6 kawasan di Kedah berpotensi tinggi dibangunkan sebagai tempat pelancongan

ALOR SETAR, 23 Mac - Beberapa kawasan berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan di negeri Kedah telah dikenal pasti.

Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Firdaus Ahmad berkata, ia melibatkan enam kawasan.

Antara kawasan yang berpotensi seperti Mong Gajah di daerah Padang Terap, kawasan Jerai Geopark di daerah Kuala Muda dan Yan, Langkawi Gateway di Teluk Apau Langkawi, Persisiran Sungai Kedah dan Gunung Keriang di daerah Kota Setar serta beberapa kawasan lain di daerah Baling seperti Terowong Komunis dan Ulu Legong.

(Mohd Firdaus dalam Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman)

Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan kawasan cadangan tersebut sebagai zon pelancongan yang komersial, sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Kedah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibuat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Radzi Md Amin (PAS –Pedu) pada Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman.

Media Baharu