fb fb fb fb fb

6,613 penjawat awam Negeri Sembilan terima BKK dua bulan gaji

FOTO RTM

SEREMBAN, 22 November- Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bantuan tersebut akan dibayar kepada 6,613 penjawat awam di negeri itu pada Januari dan Mac, menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Menghargai dan menginsafi pengorbanan dan kesungguhan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sukacita saya umumkan BKK sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada persidangan ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri.

Datuk Seri Aminuddin juga berharap bantuan khas kewangan itu dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih.

Beliau turut menasihatkan penjawat awam di negeri itu agar melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan, selain empati dalam melaksanakan tugas harian.

Trainee