TAMPIN, 20 Mei-kerajaan akan terus memastikan penduduk di kawasan luar bandar tidak terpinggir daripada menerima mendapat liputan 5G.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan luar bandar seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), FELCRA Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan diberi keutamaan untuk mendapat capaian liputan 5G.
"Saya tekankan dalam mesyuarat kabinet, kawasan-kawasan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA wajib diberi kesamarataan liputan 5G", katanya etika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zahid lagi, kerja sama pelbagai agensi diperlukan bagi merealisasikan usaha tersebut.
Turut hadir, Menteri Pertahanan , Datuk Seri Mohamad Hasan, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Zahid Ahmad Zahid Hamid yang juga Presiden UMNO melihat kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu memberi kemenangan kepada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan nanti.
Katanya, rakyat negeri berkenaan lebih bijak memilih kerajaan yang mampu membantu dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang telah dilaksanakan selama ini.
"Saya fikir rakyat Negeri Sembilan lebih bijak memilih kerajaan yang dapat membantu mereka.
"Saya mengharapkan keserasian antara jentera BN dan PH dapat dipertingkatkan bagi menghadapi propaganda parti lawan. Saya yakin kita mampu mendapat sokongan rakyat", katanya
lagi.

(FOTO RTM)