fb fb fb fb fb

PRN: UMNO bakal letak calon muka baharu dan muda

(FOTO BERNAMA)

TAMPIN, 20 Mei-Barisan Nasional bakal meletakkan calon muka baharu dan muda bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu juga sedang memperhalusi cadangan meletakkan kombinasi antara calon muda dan lama bagi menghadapi PRN di enam negeri nanti.

"Terbukti di PRN Melaka, BN meletakkan 82 peratus muka baharu rata-ratanya calon muda, begitu juga di Johor.

"Ini adalah trend terkini dan menjadi harapan rakyat", katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai disini.


(Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ FOTO BERNAMA)

Media Baharu