50,000 permohonan pendaftaran kewarganegaraan tertunggak berjaya dikurangkan kepada 2,000 kes

Pengurusan kewarganegaraan boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat

BATU PAHAT, 9 Jun – Jabatan Pendaftaran Negara, (JPN) berjaya menurunkan angka pendaftaran kewarganegaraan tertunggak daripada kira-kira 50,000 permohonan kepada 2,000 kes.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu pendaftaran kewarganegaraan berjaya diatasi sejak 2023.
  • Pengurusan kewarganegaraan dijangka diselesaikan dalam tempoh terdekat.
  • Kementerian memuktamadkan tarikh pelaksanaan pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan.
  • Persediaan selesai termasuk sistem permohonan dalam talian dan kesiapsiagaan perwakilan luar negara; tarikh rasmi akan diumumkan kemudian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, isu berkenaan berjaya diatasi sejak 2023.

“Saya yakin pengurusan kewarganegaraan ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat,”katanya selepas mengadakan sesi dialog bersama pelajar-pelajar sempena Program Citra Negara MDN Sekolah Selamat di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, kementerian juga sedang dalam fasa akhir memuktamadkan tarikh pelaksanaan pindaan perlembagaan bagi kewarganegaraan yang telah diluluskan Parlimen sebelum ini.

“Segala persiapaan telah dilengkapkan KDN bagi pelaksanaan dasar baharu itu termasuk penyediaan sistem permohonan serta pemakluman secara dalam talian, selain memperkukuh kesiapsiagaan perwakilan Malaysia di luar negara.

“Tarikh rasmi pelaksanannya bakal diumumkan selepas proses pemuktamadan selesai,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.