fb fb fb fb fb

50 veteran ATM terjejas banjir terima bantuan

KUALA BERANG, 15 Januari- Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melaksanakan Penyerahan sumbangan bantuan banjir kepada 50 veteran ATM yang terkesan bencana banjir di Terengganu baru-baru ini.

Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata sumbangan terdiri daripada kit bantuan banjir yang mengandungi pelbagai barangan penjagaan diri dan bantuan makanan sumbangan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).

Sumbangan diharap meringankan beban ahli anggota yang terjejas, sekali gus dapat menampung keperluan sementara mereka.

"Segala aduan dan suara veteran sentiasa menjadi keutamaan pihaknya, khususnya dalam menyediakan pelbagai skim bagi membantu golongan memerlukan," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan di Dewan Rumah Rehat Daerah Hulu Terengganu, di sini.

Terdahulu, beliau turut hadir menyampaikan sumbangan yang sama dan menyantuni veteran ATM yang terlibat banjir di Kelantan.


(Sumbangan diharap meringankan beban ahli anggota yang terjejas,
sekali gus dapat menampung keperluan sementara mereka)

Media Baharu