fb fb fb fb fb

PM ucap Selamat Hari Ponggal

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berharap perayaan tersebut dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.

"Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah. Perayaan ini juga menjadi pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baru," katanya.

Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan ia satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu