fb fb fb fb fb

50 rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan berada dalam keadaan selamat

KUANTAN, 7 Januari - 50 rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan berada dalam keadaan selamat dan diminta berhubung dengan pihak kedutaan dari semasa ke semasa.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Wisma Putra sedang memantau perkembangan di negara itu ekoran ribuan rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api.

"Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang Kazakhstan esok pagi. Mereka (rakyat Malaysia) dinasihatkan berhubung dengan kedutaan untuk mendapatkan maklumat," kata Saifuddin selepas menyampaikan sumbangan banjir bakul makanan serta kelengkapan asas kepada wakil penerima di Parlimen Indera Mahkota, di sini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Azhar Guiniyat memaklumkan lebih 1,000 orang cedera berikutan rusuhan di beberapa wilayah di Kazakhstan.

Kerajaan negara itu turut mengumumkan perintah darurat berkuat kuasa sehingga 19 Januari ini selain mengenakan perintah berkurung, menyekat pergerakan dan melarang perhimpunan besar-besaran.

Media Baharu