PUTRAJAYA, 7 Januari - 1,100 premis sudah berdaftar bawah Program Rebat Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan lebih banyak premis disasar mengambil bahagian bagi membantu penduduk terjejas banjir membeli peralatan elektrik domestik.
"Kami melihat beberapa faktor bergantung kawasan yang terlibat dengan banjir sebagai contoh Taman Sri Muda, ada pelbagai perumahan ada kedai-kedai kita akan mencari ada kedai-kedai yang layak untuk tawarkan perkhidmatan itu kita akan daftarkan, kita akan permudahkan"
Rebat hingga RM500 diberi kepada setiap isi rumah terjejas banjir, untuk membuat pembelian di kedai berdaftar atau platform e-dagang terlibat", kata Takiyuddin
Jelasnya, tuntutan rebat bantuan banjir yang dibuat pemilik kedai berdaftar akan diselesaikan dalam masa tujuh hari.
Pembelian bermula hari ini menyenaraikan 15 peralatan elektrik domestik antaranya peti sejuk, mesin basuh dan televisyen.