fb fb fb fb fb

50 kakitangan RTM sertai Program Jalinan Silaturahim Boling Bersama Ketua Pengarah Penyiaran 2.0

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Seramai 50 kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyertai Program Jalinan Silaturahim Boling Bersama Ketua Pengarah Penyiaran 2.0 di ibu negara.

Edisi pertama program itu yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan kakitangan RTM dari setiap peringkat, dianjurkan pada tahun lalu .

"Supaya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain di peringkat atas sehingga peringkat bawahan. Sebelum ini bila kita bermesyuarat di peringkat atasan sahaja. Jadi adanya program seperti ini kita boleh berkenalan lebih dekat," kata Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penyiaran, Ismail Seman semasa menghadiri program itu di sini.

Beliau bercakap dalam program tersebut di Kuala Lumpur.

Turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman dan mantan Pengarah Bahagian Strategik, Abdullah Daud.

Menurut Ismail, selain program tersebut pelbagai lagi aktiviti akan dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penyiaran dalam masa terdekat.

Ia bagi memastikan jalinan siltahurrahim sesama kakitangan RTM terus utuh.

"Kelab akan fokus pada permainan lain yang dirasakan sesuai sebagai contoh acara futsal, badminton dan sebagainya," katanya.

(50 kakitangan RTM sertai Program Jalinan Silaturahim Boling Bersama Ketua Pengarah
Penyiaran 2.0)

Media Baharu