fb fb fb fb fb

50 guru terjejas banjir terima RM500

KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Seramai 50 guru di Terengganu terjejas banjir luar jangka akhir tahun lalu bersyukur menerima manfaat daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

Penerima adalah sebahagian daripada ahli yang menerima manfaat bencana menerusi Skim Keahlian dengan caruman serendah RM28 sebulan.

Mengikut rekod Skim Keahlian YGMB yang menawarkan 25 manfaat itu, disertai lebih 130,000 warga pendidik di seluruh negara.

(Setiap seorang guru terjejas terima wang tunai RM500)

"Apabila banjir rumah kita tu memang banyak yang terkesan yer tahu sajalah apabila perabot-perabot rosak barang-barang keperluan kita pun kadang-kadang tu ada yang tidak sempat diselamatkan, contohnya pakaian memang adalah yang terkena," penerima Wan Manzura Wan Kamal.

"Kalau tengok dalam rumah pun sampai setakat pinggang dan kawasan itu boleh dikatakan yang ada dalam rumah pun tidak sempat hendak selamatkan barang jadi air naik dengan cepatlah lebih kurang pukul 3.00 pagi ada yang bawa dirilah bawa pakaian sikit-sikit," kata Imarul Wardi Abdullah.

"Alhamdulillah telah mendapat bantuanlah terima kasih kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad yang telah memberikan kepada kami manfaat bencana banjir saya menjadi ahli seumur hidup sejak saya menjadi guru iaitu pada tahun 1992," penerima Hanita Ismail.

Penyampaian bantuan itu disempurnakan Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam di Kuala Terengganu.

Media Baharu