fb fb fb fb fb

Peluang pekerjaan dan keusahawanan menerusi Jerayawara dan Karnival Wanita Bangkit Zon Utara

ALOR SETAR, 24 Julai - Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan telah ditawarkan menerusi Program Jerayawara dan Karnival Wanita Bangkit @ KPWKM Zon Utara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata program itu secara keseluruhannya disertai oleh 44,960 peserta, hasil kesinambungan daripada program sedia ada sejak tahun 2021.

Sejak April 2021 sehingga kini seramai 10,735 peserta telah dihubungkan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan.

Manakala 34,225 peserta menerima manfaat pengukuhan ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti bawah Model 4K yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita.

(Rina bercakap kepada media selepas merasmikan
program Program Jerayawara dan Karnival Wanita Bangkit @ KPWKM Zon Utara pada Sabtu)

"Jadi dengan ini kita berharap, kita dapat meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan masyarakat, jadi dengan keadaan kos sara hidup sekarang, sudah pasti mereka memerlukan pendapatan yang lebih. Kita adakan program motivasi maklumat berkaitan disamping program-program kaunseling skuad wanita dan sebagainya," kata Rina di sini.

Pelaksanaan inisiatif kali ini lebih berskala besar bermula dengan Zon Utara diikuti Pantai Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak.

Media Baharu