GEORGE TOWN, 7 Jun - Lebih 5,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Solat yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohd Nordin Samah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Beliau turut menyampaikan khutbah bertajuk "Aidiladha, Ibrah dari Ibadah".
Turut berlangsung ibadah korban dengan 10 ekor lembu disembelih di masjid terbabit.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.