fb fb fb fb fb

48 saman dikeluarkan polis Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 28 Ogos- Sebanyak 48 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis Pulau Pinang menerusi operasi sekitar Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, pagi tadi.

Ia melibatkan pemeriksaan terhadap 23 motosikal dan dari jumlah itu, sembilan buah darinya turut disita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi itu dilakukan susulan maklumat kemasukan jumlah kenderaan termasuk motosikal yang banyak di daerah ini sejak lewat malam tadi.


(Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong)

Kesemua mereka ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan di sebuah stesen minyak berhampiran lebuh raya itu.

" Sembilan buah dari 23 motosikal ini disita atas kesalahan empat melakukan ubah suai terhadap eksoz. Lima dikesan tiada lesen, bagi kesalahan lain kita keluarkan saman 13, tidak mengikut spesifikasi nombor pendaftaran, melakukan penukaran aksesori tiada cermin sisi, dan cukai jalan tamat tempoh ada satu. Manakala tiada pelekat P ada tiga dan tidak menggangtungkan L ada satu kesalahan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Bagaimanapun, pihaknya mendapati tiada unsur atau aktiviti rempit dan lumba haram dirancang.

Berdasarkan siasatan, kesemua penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun itu datang ke negeri ini bagi menghabiskan cuti hujung minggu.

Media Baharu