fb fb fb fb fb

Donat Jalur Gemilang kreativiti sambutan Hari Kebangsaan

(Siti Rohayu Abd Hamid, Pengurus Aura Rezeky Bakery ketika ditemui pemberita RTM)

SUNGAI PETANI, 28 Ogos- Terdapat pelbagai cara dan kreativiti yang dilakukan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke 65 kali ini.

Tidak terkecuali, Pengurus Aura Rezeky Bakery, Siti Rohayu Abd Hamid berkata, idea untuk membina Jalur Gemilang dengan menggunakan kuih donat.

Menurut Siti Rohayu Abd Hamid, Pengurus Aura Rezeky Bakery, "Idea ni FAMA bagi peluang kepada kami, untuk kami buat donut ni.

Beliau merupakan seorang pengusaha kedai roti dan kek di Sungai Petani, Kedah, menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk merealisasikan idea bendera Jalur Gemilang menggunakan kuih donat.

"Macam tahun lepas kami buat roti berbentuk mutiara tapi tahun ni FAMA bagi idea kepada kami untuk buat donat sebab kami memang peniaga donat di merata tempat, tepi-tepi jalan. Jadi terima kasih kepada FAMA bagi peluang kat kami." Tambah beliau ketika ditemui pemberita RTM.

(Donat Jalur Gemilang ketika dipamerkan di Pasar Tani Sungai Petani, Kedah)


Tiga kilogram tepung gandum digunakan bagi menghasilkan 350 biji kuih donat dan kemudian ianya dibentuk dan diwarnakan dengan warna Jalur Gemilang.

Kuih donat Jalur Gemilang ini dipamerkan kepada orang ramai pada Program Jualan Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di Pasar Tani Sungai Petani.

Program ini turut dihadiri Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA Negeri Kedah, Isa Hamzah dan Penaung Persatuan Kebajikan Peserta Pasar Tani Daerah Kuala Muda, Dato’ Shahanim Mohd Yusof.

Media Baharu