KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Sebanyak 475 daripada 672 sungai utama di negara ini atau 71 peratus berada dalam kategori bersih, manakala 170 sungai sederhana tercemar dan 27 sungai berada pada tahap tercemar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu menjadi asas kepada cadangan piawaian baharu pelepasan efluen air sisa berdasarkan kajian NAHRIM.
“Majlis untuk menjaga kualiti air negara. Kita mendapat laporan drpd JAS berhubung kait status sungai2 dlm negara kita. Mana sungai yg berada dalam keadaan baik, sederhana dan jgk sg yg tercemar. Alhamdulillah ada pendekatan nampaknya keseluruhan sungai di negara kita xde yang dalam tahap kategori 5,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, piawaian baharu itu akan diperincikan melalui bengkel melibatkan KPKT, kementerian berkaitan dan kerajaan negeri. Ia bagi memastikan sistem tapisan dapat mengawal pencemaran dari perparitan sebelum dilepaskan ke sungai.
Kerajaan turut menggalakkan penggunaan teknologi tempatan seperti perangkap minyak dan gris berasaskan IoT serta sistem Intriguard untuk melindungi rizab sungai.
Langkah itu diyakini mampu memulihkan kualiti air sungai serta memastikan kelestarian sumber air untuk generasi akan datang, selaras aspirasi Malaysia MADANI.