fb fb fb fb fb

47 penunggang motosikal ditahan

BATU PAHAT, 23 April- 47 penunggang motosikal berusia 15 hingga 30 tahun ditahan polis menerusi Op Selamat di Dataran Penggaram, bermula 5.00 petang hingga 7.00 malam, semalam.

Operasi dibuat susulan aduan awam mengenai remaja berkumpul dan membuat bising menggunakan motosikal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Ismail Dollah berkata, semua individu diiring ke Balai Trafik kira-kira 200 meter dari lokasi ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

79 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Manakala 10 motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu dan ubah suai struktur.

Polis turut menahan tiga remaja dalam konvoi tersebut kerana membakar suar asap yang berbahaya dan mengganggu ketenteraman awam serta pengguna jalan raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Kecil/ Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Sementara seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi-aksi bahaya.

(47 penunggang motosikal ditahan polis menerusi Op Selamat)

Media Baharu