fb fb fb fb fb

57 'mat rempit' serah diri, selepas enam jam sembunyi

KULAI, 23 April- Selepas bersembunyi kira-kira enam jam dalam kebun kelapa sawit di kilometer tujuh Jalan Kulai-Kota Tinggi, 57 ‘mat rempit’ akhirnya menyerah diri selepas menemui jalan buntu kerana sudah dikepung polis.

Semua lelaki berusia 17 hingga 42 tahun itu masuk ke dalam kebun kelapa sawit untuk lari daripada pihak polis menggunakan ‘jalan tikus’, 3.00 pagi semalam.

Ketua Polis Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, mereka menyerah diri pada sembilan pagi kerana tidak tahan dengan keadaan panas, selain mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Sementara itu, 140 saman dikeluarkan polis menerusi Op Selamat antara 11.00 malam 21 April hingga 5.00 pagi pada Sabtu di daerah berkenaan.

Antara kesalahan, yang dilakukan ialah tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, ubah suai ekzos dan tidak memakai topi keledar.

39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(57 'mat rempit' serah diri selepas bersembunyi)

Media Baharu