fb fb fb fb fb

Imam masjid dilanggar pacuan empat roda, selamat

PONTIAN, 23 April- Seorang imam masjid yang dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Parit Haji Yusof, Benut semasa pulang menunaikan solat sunat Aidilfitri 10.05 pagi semalam selamat.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 39 tahun cedera di mulut dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Manakala pemandu pacuan empat roda, lelaki berusia 33 tahun ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan.

Saringan air kencing terhadap pemandu, negatif dadah.

Polis menerima laporan 2.17 petang semalam dan video kemalangan berdurasi 34 saat itu tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Imam masjid dilanggar pacuan empat roda)

Media Baharu