fb fb fb fb fb

46 keluarga terjejas banjir terima sumbangan PM, NADMA

46 ketua keluarga menerima sumbangan wang peribadi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bantuan wang ehsan NADMA

ARAU, 19 September- Seramai 46 ketua keluarga penduduk terjejas banjir di Perlis menerima sumbangan wang peribadi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bantuan wang ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Perlis Maznah Musa menyerahkan sumbangan berkenaan kepada penerima dari empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis.

"Sebenarnya kita bagi dua sumbangan iaitu wang peribadi daripada Perdana Menteri dan juga bantuan wang ehsan peruntukan bawah NADMA.

"Untuk bantuan NADMA ini kita akan serahkan kepada mereka terjejas banjir dan berpindah ke PPS sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

Setakat petang tadi,seramai 146 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 46 keluarga masih ditempatkan di empat PPS masing-masing tiga di Parlimen Arau dan satu di Kangar.

Sementara itu tinjauan hari ini menunjukkan paras air di beberapa kampung sedikit surut berikutan tiada hujan direkodkan pada sebelah siang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI