fb fb fb fb fb

39 mangsa, 9 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

Foto Fail/ BERNAMA

KANGAR, 27 Mac - Sebanyak 39 mangsa membabitkan sembilan buah rumah di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku antara 4 petang hingga 6 petang semalam.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata empat rumah rosak di DUN Sena akibat ribut itu manakala masing-masing satu rumah di DUN Tambun Tulang, DUN Chuping, DUN Beseri, DUN Santan dan DUN Bintong.

"Kejadian ribut yang berlaku semalam menyebabkan sembilan rumah kediaman mengalami kerosakan yang boleh dibaiki semula dan kesemua rumah ini telah disiasat dan telah diproses untuk pembayaran bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Chik berkata pihaknya telah melawat mangsa 8 pagi tadi dan menyerahkan bantuan kit bencana selain barangan keperluan dan sumbangan daripada PETRONAS.

Beliau memaklumkan pihaknya bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa ribut sekiranya diperlukan.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI