fb fb fb fb fb

38 Ah Long ditahan selepas Ketua Polis P.Pinang terima surat ugutan

(Khaw Kok Chin)

GEORGE TOWN, 16 Jun- Seramai 38 pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long ditahan di Pulau Pinang dan beberapa negeri di utara dalam satu operasi besar-besaran.

34 lelaki dan empat wanita itu dikesan menjadi Ah Long sejak 5 Jun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, operasi tersebut diadakan susulan beliau menerima sepucuk surat berbaur ugutan dan ancaman ekoran ketegasannya dalam isu terbabit.

"Sejak saya lancarkan operasi sehingga semalam, kita berjaya menangkap 38 suspek berusia 21 hingga 72 tahun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut, di sini.

Tambah beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan invididu yang melakukan ugutan tersebut.

(Khaw Kok Chin (tengah) mengadakan lawatan kerja ke IPD Timur Laut
di George Town, Pulau Pinang)

Media Baharu