fb fb fb fb fb

37 keluarga di Kampung Sungai Penchala terima sumbangan Ramadan, Aidilfitri

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasa Prihatin Nasional Datuk Mohd Aizuddin Ghazali bergambar bersama selepas program Kasih MADANI Ramadan sempena sesi penyerahan baju raya kepada keluarga berkelayakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional di SK Sungai Penchala/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Sebanyak 37 keluarga di Kampung Sungai Penchala menerima sumbangan pakaian raya, peralatan kesihatan dan bantuan makanan bagi meringankan beban ketika bulan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Program Ramadan kali ketiga ini dianjurkan dengan kerjasama Menteri Belia dan Sukan serta Yayasan Prihatin Nasional.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, sebanyak 172 helai baju raya telah disumbangkan kepada keluarga penerima, selain 10 glucometer, lapan mesin tekanan darah tinggi, dan dua kerusi roda bagi keperluan kesihatan.

"Untuk sumbangan pejabat saya, kita telah berikan mereka Bakul Ramadan untuk persiapan Ramadan di rumah. Jadi dengan bantuan ini saya yakin beban keluarga akan berkurangan dan saya berharap dengan adanya baju raya juga sambutan Hari Raya juga akan lebih meriah untuk keluarga.

"Saya ucapkan terima kasih lagi pada rakan strategik Prihatin Nasional kerana telah membantu kawasan Parlimen Segambut", katanya kepada media selepas program Kasih MADANI Ramadan sempena sesi penyerahan baju raya kepada keluarga berkelayakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.

Tambahnya, sebelum ini Yayasan Prihatin Nasional turut memberi bantuan kepada kanak-kanak dalam program “Kembali ke Sekolah" dan sumbangan sempena sambutan Aidilfitri.

ROSLINA BINTI DIN