fb fb fb fb fb

 37 kakitangan RTM Perlis terima suntikan dos penggalak

ARAU, 6 Januari - Seramai 37 kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis menerima suntikan dos penggalak hari ini.

Program berkenaan hasil kerjasama RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bertempat di Kompleks Penyiaran Negeri Perlis bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Menurut Pengarah Penyiaran Perlis Zulkefli Mohd, usaha ini bagi melindungi warga kerjanya terutamanya dari varian Omicron dan menyahut usaha Kerajaan agar lebih ramai rakyat menerima suntikan dos penggalak.

"Bagi saya dalam keadaan negara sekarang ini sudah ada varian omicron. Inilah salah satu caranya untuk kita memastikan kesihatan dan pengawalan dapat dilaksanakan dengan begitu baik bagi semua warga kerja RTM di Perlis ini" kata Zulkefli di sini.

Bagi warga kerja RTM Perlis vaksin dos penggalak sangat diperlukan bagi mengekalkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19.

"Program ini sebagai salah satu menyokong usaha Kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai untuk menerima suntikan vaksin, suntikan booster bagi melindungi diri daripada COVID-19. begitu juga dengan kami warga kerja RTM yang masing-masing sudi menerima booster bagi menangani COVID-19" Kata Ketua Bahagian Rancangan Nur Suriawaty Abdul Nasir disini.

"Melindungi kita daripada COVID-19 daripada varian terbaru lah. Kerajaan menyarankan kita untuk mengambil dos booster yang ke-3 ini" Kata Jurukamera Berita Ehwal Semasa (BES), Muhamad Zakuan Abd Samad di sini.

Masyarakat disaran untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak dimana sehingga semalam jumlah penduduk Perlis menerima suntikan dos penggalak ialah 34,461 orang.

 

Media Baharu