fb fb fb fb fb

Kajian terperinci bagi projek perumahan yang melibatkan kawasan paya atau berhampiran sungai

 

AIR KEROH, 6 Januari - Kerajaan Negeri Melaka mahu semua perancangan projek perumahan yang melibatkan kawasan paya atau berhampiran dengan sungai perlu melalui kajian terperinci.

Ia bagi memastikan pembangunan berkenaan tidak terdedah kepada risiko banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pihak berkaitan seperti pemaju, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan juga perlu mengambil kira semua aspek secara menyeluruh seperti struktur geografi, sistem perparitan dan kolam takungan air.

"Ia bukan hanya di kawasan pembangunan yang dibina malah ia meliputi kawasan lain yang turut terlibat dengan pembinaan itu mesti diambil kira supaya tidak terdedah dengan risiko sama  bagi mengelak pembeli dan penyewa berdepan masalah yang boleh merugikan mereka. Disebabkan cuaca tidak menentu, memperlihatkan jumlah taburan hujan diterima dahulu sekitar 60 hingga 70 mililiter (mm) tapi di Melaka baru-baru ini, hujan antara 170 hingga 200 mm " Kata Sulaiman kepada pemberita dalam sidang media pasca mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh.

 

Media Baharu