fb fb fb fb fb

COVID-19: Sabah catat kes import pertama varian Omicron


FOTO: TWITTER MASIDI MANJUN

KOTA KINABALU, 6 Januari - Sabah merekodkan kes import pertama COVID-19 varian Omicron yang dikesan di Tawau, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes melibatkan seorang warganegara yang pulang daripada menunaikan umrah di Arab Saudi.

"Dia tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Disember dan pulang ke Tawau bersama isterinya sehari kemudian, tulisnya menerusi twitter.

Jelasnya, individu terbabit telah diarah menjalani kuarantin di rumah.

Keputusan ujian 'whole genome sequencing' pada 4 Januari mendapati, lelaki berkenaan positif varian Omicron, manakala keputusan isterinya masih dalam penelitian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Bagaimanapun, mereka telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari serta pulih daripada jangkitan virus berkenaan.

 

Media Baharu