fb fb fb fb fb

Tampil bantu usahawan terjejas

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Ramai dalam kalangan usahawan dan peniaga terjejas susulan bencana banjir yang berlaku dalam negara.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Kerjasama Malindo (Malindocare), Dato' Seri Zainal Abidin A Hamid berkata kebanyakkan mereka hilang punca pendapatan ketika pandemik COVID-19 kini terpaksa menanggung kerugian yang besar kesan daripada bencana berkenaan.

"Mereka kehilangan mata pencarian diakibatkan premis perniagaan dan barang-barang perniagaan ditenggelami air. Mereka ini baru saja baru bangkit daripada pandemik COVID-19 itu hari, sekarang mereka mengalami satu lagi ujian banjir pula. Cuma banjir ini berbeza sikitlah daripada penutupan operasi semasa pandemik kerana waktu pandemik itu hari mereka terhenti operasi perniagaan. Tapi, dalam banjir ini mereka sangat terkesan kerana mereka mengalami kerugian. Nak mulakan balik itu mereka perlukan modal yang sangat besarlah mereka hadapilah sekarang ini" Kata Dato' Seri Zainal Abidin ketika ditemu bual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Dato' Zainal Abidin juga menyeru lebih ramai pihak Badan Korporat dan Badan Bukan Kerjaan (NGO) untuk tampil membantu golongan peniaga yang terjejas teruk akibat banjir.

Inisiatif sedemikian dapat meringankan tanggungjawab Kerajaan bagi membantu meringankan beban peniaga.

"Pihak Kerajaan telah mengumumkan dana-dana ataupun skim pinjaman untuk membolehkan usahawan-usahawan tadi untuk bangkit semula. Namun begitu ia tidak mencukupi kerana kemusnahan itu sangat besar. Jadi pandangan saya , Badan-badan Korporat , NGO yang aktivitinya kearah yang lebih kepada perniagaan , pelaburan melihat usahawan-usahawan tersebut dan membantu mereka. Pihak Kerajaan pun disarankan supaya memudahkanlah penyaluran dana-dana tadi supaya mereka ini dipermudahkan urusan" Katanya di Angkasapuri.

 

Media Baharu